Saya ingin mencadangkan agar pihak PHB atau mana-mana unit yang berkaitan atau berkeyakinan, untuk mewujudkan pusat mencuci kenderaan bagi kegunaan masyarakat kampus. Pewujudan pusat ini dapat membantu menjana pendapatan lantaran banyaknya bilangan kenderaan di dalam kampus setiap hari.

Servis boleh dibuat dengan pelbagai kaedah:
1. Pelanggan hantar kenderaan dan tunggu – cas kadar A
2. Pelanggan hantar kenderaan dan pusat mencuci hantar ke pejabat pelanggan – cas kadar A + RM2.00 (contoh)
3. Pusat mencuci ambil dan hantar – cas kadar A + RM4.00 (contoh)

Kampus UTM Johor Bahru juga mendapat kadar air hujan yang tinggi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan cadangan yang dianjurkan.