Mengindahlaman / semula UTM menjadi universiti bertaraf dunia dari sudut fasiliti.
UTM perlu mengorak langkah ke hadapan utk bersaing dgn universiti terkemuka dunia bukan shj dari sudut akademik, malah fasiliti dan kawasan kampus.
Terdapat banyak kawasan kampus yg boleh diperindah semula. Berikut adalah beberapa lokasi yg dicadangkan:
1) Bulatan selepas pintu masuk utama, cadangan saya agar diletakkan replika logo UTM dan ditanam pokok di sekitarnya.
2) Kawasan sekitar kediaman Naib Canselor. Cadangan saya agar kawasan tersebut dibersihkan secara sempurna dan dinaiktaraf titi atau jambatan kecil yg ada di situ. Kawasan tersebut dilihat telah bersemak dan seharusnya kawasan itu diperindah semula kerana berdekatan dgn Taman Rusa dan Kediaman NC.
3) Penyeragaman warna cat bangunan di UTM supaya tampak lebih jelas jenama dan warna korporat UTM di mata umum.
4) Mengindah semula kawasan sekitar tasik ilmu yg mana di situ juga telah dilihat bersemak dan tidak diselenggara dgn baik.
5) Satu tinjauan khas perlu diadakan utk tujuan pengenalpastian lokasi yg sesuai utk dijadikan kawasan istirehat dan riadah supaya ia dpt digunakan oleh warga UTM dan menaikkan imej dan rating UTM sbg universiti terbaik di Malaysia.