Memotivasikan staf untuk lebih bersemangat ke tempat kerja dengan dibenarkan untuk staf memakai t-shirt (sekali dalam seminggu dengan bersyarat) – t-shirt yang dipakai mestilah mempunyai logo UTM. Tidak terpakai kepada staf beruniform. Dicadangkan sama ada hari Selasa atau hari Khamis.
Tujuan:
– meningkatkan semangat staf ke tempat kerja. Staf gembira.
– Jimat 1 hari tanpa perlu menggosok baju kemeja (kecuali melibatkan acara khas).
– Ushop mengeluarkan t-shirt khas/pelbagai jenis (polo/jersi/dry fit) dengan tujuan staf akan membeli t-shirt melalui keistimewaan ini dan membantu menambah hasil jualan Ushop.
– mempromosi jenama UTM (menerusi logo UTM pada baju) pada umum.