Isu keselamatan di kampus terutamanya di kolej kediaman berkaitan kehilangan barang, motorsikal dan sebagainya masih terus berlaku setiap semester. Adalah dicadangkan setiap kolej ditempatkan setidak-tidaknya seorang Pengawal Keselamatan bertugas 24 jam bagi memantau keselamatan kawasan sekitar kolej. Pelajar akan rasa lebih selamat & kes kehilangan harta benda milik UTM & pelajar juga akan dapat dikurangkan.