Saya mencadangkan supaya UTM membina/menyediakan/menawarkan ruang/bangunan sedia ada dalam kampus untuk disewakan/dijadikan restoran kecil kepada pengusaha kafe’ kopi (coffee house).
Kafe’ ini menyajikan makanan dan minuman ringan seperti pelbagai pilihan kopi berkualiti kepada pelanggan. Kewujudan kemudahan seperti ini dapat menawarkan pilihan kepada warga kampus untuk mencari tempat beristirehat, berdiskusi dan membawa pelawat UTM/ rakan-rakan strategik dari luar negara berbincang secara tidak formal dalam suasana kondusif, bersih, teratur dan moden.
UTM perlu membuka peluang kepada pengusaha kafe’/ francais di luar sana menawarkan pelan perniagaan seumpamanya sekaligus memanfaatkan warganya mendapatkan perkhidmatan makanan/minuman ringan (beverages) lebih berkualiti dalam suasana terbaik.
Keadaan arked/ kemudahan tempat makan sedia ada di sekitar kampus berada dalam keadaan kurang memuaskan, usang, kotor, terbiar dan kurang ceria. Amatlah malu apabila kita membawa tetamu melawat dan menikmati kemudahan semasa dalam keadaan kurang memuaskan. Pihak Pejabat TNCP & PHB mungkin boleh melihat potensi penawaran peluang perniagaan seperti ini melalui pembinaan/penyewaan ruang sedia ada dalam kampus. Pihak UTM perlu menawarkan kontrak kepada pengusaha yang lebih berdaya saing dan berjenama untuk mempelbagaikan pilihan dalam kampus.
Kewujudan kafe’ dengan rekabentuk menarik, bersih dan profesional dengan harga munasabah akan memberi pilihan kepada warganya tanpa perlu keluar ke pusat bandar berhampiran mendapatkan perkhidmatan berkaitan.
Gambar: UUM