Salam
Kekurangan guru yang terlatih bagi mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual di sekolah adalah satu perkara yang perlu diambil kira. Berdasarkan pengalaman saya yang sedang menjalani latihan ikhtisas di sebuah sekolah di Johor mendapati bahawa tiada seorang guru pun yang mempunyai latar belakang seni yang mengajar di sekolah berkenaan. Berdasarkan tinjauan saya di Telegram guru PSV seluruh Malaysia, kebanyakkan mereka tidak mempunyai latar belakang seni. Sebagai contoh, guru opsyen Pendidikan Islam mengajar mata pelajaran PSV kerana kekurangan guru. Penentuan jadual berdasarkan waktu pengajaran sedia ada. Dalam hal ini, sekiranya seorang guru mempunyai beban pengajaran kurang dari guru yang mengajar mata pelajaran tertentu, guru tersebut akan diberi mata pelajaran PSV bagi memenuhi beban pengajaran. Bagi memastikan bakal guru yang sedang dilatih dan akan dilatih di Sekolah Pendidikan, FSSK menjadi guru yang versatil dan terlatih, saya ingin mencadangkan agar pelajar Sekolah Pendidikan diberi peluang untuk mengambil kursus elektif yang lebih terbuka dan fleksibel yang ditawarkan di fakulti lain yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan seni lukisan (sebagai contoh). Dengan ini, bakal guru mempunyai pengetahuan dan pendedahan tentang seni lukisan meskipun mempunyai bidang pengkhususan yang berbeza. Contoh: Pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (dari Sekolah Pendidikan, FSSK) dibenarkan mengambil kursus elektif seni lukisan di Fakulti Alam Bina & Ukur. Oleh yang demikian, meskipun kebanyakan mereka menjadi guru sukan di sekolah, akan tetapi mereka juga boleh mengajar mata pelajaran seni lukisan sebagai opsyen tambahan. Dengan ini, kita dapat melahirkan bakal guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tambahan yang dapat membantu mereka menjadi guru yang lebih versatil. Semoga dengan penawaran kursus elektif yang lebih terbuka dan fleksibel merentas fakulti, UTM dapat melahirkan graduan bidang pendidikan yang lebih mantap dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.