Mohon peruntukkan satu server khas untuk Sistem Kewangan Universiti (pada masa ini Sistem UTMFin & Sistem Kewangan pelajar). CICT memaklumkan bahawa sistem kewangan universiti pada masa ini berkongsi dengan sistem lain di Universiti. Jika berlaku sistem perlahan/lembap, Sistem UTMFin dikatakan menjadi punca.
Rentetan itu, banyak kali akses daripada sistem UTMFin ditutup & menyebabkan user & staf kewangan yg memproses dokumen bayaran tidak dapat melakukan transaksi seterusnya menyebabkan kelewatan bayaran di buat kepada pihak2 luar/dalaman seperti staf & pelajar.
Sistem Kewangan di mana-mana organisasi adalah sangat penting & perlu diberi keutamaan.
Dengan adanya server khas bagi sistem Kewangan UTM yang tidak boleh bercampur dengan sistem lain, dapat membantu melancarkan proses kewangan Universiti & mengelakkan impak masalah/kecelaruan data tidak masuk atau masuk sebahagian sahaja apabila sistem ‘hang’ disebabkan network yang lembap. Data kewangan juga dapat dijana dengan tepat & memudahkan pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi UTM.