Pembahagian masa bagi tugas-tugas pengajaran dan penyelidikan secara serentak amat mendesak. Ke arah memenuhi permintaan peratusan tertentu pengajaran dan penyelidikan memerlukan strategy yang mantap di peringkat individu, institute , fakulti dan Universiti. Jesteru itu, Dari segi pengajaran, tenaga akademik itu perlu terlatih dan didedahkan kepada EDUCATION 4.0 dan bijak dalam menggunakan EDUCATOR 4.0 yang ada pelbagai perisian percuma. Kebijakasanaan memindahkan material fizikal kepada e-content dalam pelbagai bentuk seperti video, animasi, forum dan pembelajaran secara mobile amat digalakan yang disokong oleh platform komputer berkelajuan tinggi (HPC) dan Hp.
Dari segi penyelidikan , para penyelidik FOURTH INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0 (4iR) juga perlu didedahkan online system, communication system, social media system dan penggunaan data mega secara online. Jesteru itu penyelidikan itu terarah dan memudahkan kerana semua perisian online dan percuma ini amat membantu proses penyelidikan tersebut.
UTM boleh memberi kesedaran dan latihan kepada staf akademik bahawa dunia pengajaran dan penyelidikan bersifat global, pantas dan multidisiplin. Staff akademik perlu memenuhi kehendak tersebut.
Secara peribadi , saya menggunakan sistem-sistem percuma tersebut, amat membantu setiap tugas seharian dalam pengajaran dan penyelidikan. Sesungguhnya, tiada kesedaran tiada kepakaran