Pernah menyuarakannya satu ketika dahulu.
Ianya mengenai permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan pergigian di UTMKL seperti yang terdapat di UTMJB.
Namun sekiranya ia tidak ekonomik mengikut situasi kini, mohon untuk mempertimbangkan agar khidmat doktor pergigian itu dapat diadakan mungkin dalam sebulan sekali bagi staf UTMKL, di mana Dentist UTMJB hadir bertugas di bawah bumbung yang sama, Pusat Kesihatan Universiti UTMKL dengan penyediaan keperluan fasilitinya.
Selain dapat mengurang & menjimatkan bajet rawatan pergigian universiti mengalir keluar ke klinik pergigian swasta yang ternyata mahal (payah juga bagi staf yang kurang berkemampuan untuk mendahulukan bajetnya), dapat mengurangkan juga waktu menunggu staf di klinik pergigian kerajaan yang sememangnya ramai.
Saya yakin, perkhidmatan klinik pergigian amat dialu-alukan dan amat diperlukan di UTMKL.
Semoga dipertimbangkan.
Sekian, terima kasih.