Assalamu’alaykum wbt,

Saya ingin mencadangkan UTM menghasilkan/memproduksi air minum (drinking water/mineral water) dengan jenama UTM secara komersil. Keuntungan penjualan air ini dapat dimasukkan ke dalam tabung endowment. UTM memiliki pakar seperti Prof. Fauzi (AMTEC) dgn teknologi membran dan Dr. Zolkafle (IVAT) dengan teknologi ozon. Produk yg dihasilkan tidak hanya air minum dalam botol seperti produk air minum yg banyak dijual di pasaran, tapi juga dalam bentuk water dispenser yang diletakkan di pejabat/PTJ, kolej2 mahasiswa mahupun pihak luar yg berminat. Saya yakin dgn bilangan warga UTM yg ada, penjualan air minum ini akan berjaya. Kita dapat mencontoh penjualan air minum yg dilakukan sekolah hidayah.

Selain dapat menjana income, usaha ini juga memberikan penjenamaan (branding) UTM ke pihak luar yg datang ke UTM (meeting, seminar, konferen, sukan, dan lain-lain aktiviti).

“Setiap orang perlum minum, pastikan anda minum air UTM”

Sekian dan terima kasih.