Saya dapati ada sesetengah pensyarah/jabatan yang menjalankan peperiksaan di dewan TSAW membazir penggunaan projektor (4 Unit) hanya untuk menunjukkan tempat duduk pelajar didalam dewan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.

Saya cadangkan agar projektor diguna setengah jam pertama memasuki dewan dan 10 minit terakhir sahaja supaya tenaga elektrik dan jangka hayat projektor dapat dijimatkan.

Harap cadangan ini dapat dijadikan SOP dengan kadar segera. Terima kasih.