CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PEMBELIAN TIKET KAPAL TERBANG
Assalamualaikom Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr. ,
Saya Nor Azreen binti Ibrahim, staf Seksyen Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia selaku pelaksana pengurusan tiket kapal terbang , ingin memberikan cadangan penambahbaikan berkenaan pengurusan pembelian tiket kapal terbang oleh staf UTM
Cadangan 1
Memandangkan UTM Step masih belum berjalan sepenuhnya dan kewangan Universiti adalah terhad, saya mencadangkan agar pembelian tiket diuruskan sendiri oleh setiap PTJ/VOT/Research/Tabung
Justifikasi
1. PTJ/VOT/Research/Tabung dapat mengenal pasti penumpang serta mengetahui kos yang akan/ telah digunakan
2. PTJ/VOT/Research/Tabung dapat mengawal peruntukan yang diberikan kepada jabatan masing-masing
3. Mengelakkan masalah berbangkit berkenaan pembelian tiket penerbangan
4. Sekiranya berlaku masalah berbangkit, masalah boleh dikenalpasti dengan cepat dan tidak mengambil masa selama berbulan-bulan.
5. Proses pembelian kini tidak lancar kerana melibatkan banyak pihak iaitu pemohon, penumpang, pegawai PTJ/VOT/Research/Tabung (pelulus) , pegawai Seksyen Pembangunan dan bendahari.
6. Memandangkan Seksyen Pembangunan mengalami masalah kekurangan staf pelaksana dalam latihan, jadi mungkin jawatan pelaksana pengurusan tiket boleh dimansuhkan tetapi diserap kepada “team” latihan
Cadangan 2
Pembelian tiket kapal terbang melalui kad kredit (persendirian) / wakil PTJ/VOT/Research/Tabung sementara menunggu pelaksanaan UTM Step sepenuhnya dan tuntut kemudian
Justifikasi
Seperti sedia maklum, pembelian tiket melalui agensi melibatkan kos yang tinggi walaupun UTM telah memilih sebut harga yang terendah, maka dengan pembelian secara online harga jauh lebih rendah. Akan tetapi pembelian secara online tidak boleh ditempah(prebook) atau dibuat pertukaran masa/waktu/tarikh dengan mudah (perlu rujuk Airlines)
Cadangan 3
Universiti mengeluarkan pekeliling yang menggalakkan/mewajibkan staf menggunakan penerbangan low cost carrier (Air Asia, Fire Fly dan Malindo) dalam negara dan luar negara (jika ada perkhidmatan low cost carrier)
Justifikasi
1. Kos pembelian tiket MAS Airlines agak tinggi berbanding perkhidmatan Airlines yang lain
2. Menjimatkan peruntukan Universiti
3. Dengan adanya pekililing ini, dapat membantu pengurusan untuk membuktikan kepada penumpang bahawasanya UTM mengambil langkah penjimatan dan tiada selisih faham ” saya layak menggunakan MAS Airlines”
Cadangan 4
Rentetan dari cadangan 3, Pekeliling Universiti perlu menetapkan kemudahan yang boleh digunakan oleh penumpang. Jika penerbangan tersebut tidak melibatkan tempoh masa yang lama kemudahan seperti meal ,hot seat, lugagge dan insurans tidak perlu ditambah atau menggunakan bajet sendiri (jika perlu).
Justifikasi
1. Menjimatkan peruntukan Universiti kerana dengan add on akan meningkatkan kos penerbangan
2. Dengan adanya pekililing ini, dapat membantu pengurusan untuk membuktikan kepada penumpang bahawasannya UTM mengambil langkah penjimatan dan tiada selisih faham ” saya layak dapat hot seat, meal dan sebagainya”
Berikut merupakan cadangan yang saya fikirkan dapat membantu kelestarian kewangan Universiti. Semoga dengan cadangan ini, UTM terus maju ke hadapan, efisyen dan menggapai matlamat UTM yang sebenar. Saya berharap agar Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr. dapat mempertimbangkan cadangan saya. Segala keperihatinan dan kerjasama Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr. sesungguhnya Allah jualah yang Maha Pemurah dalam memberikan ganjaran kepada hambaNya. Saya dahului tindakan Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr. dengan jutaan terima kasih.
NOR AZREEN BINTI IBRAHIM
SEKSYEN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 JOHOR BAHRU JOHOR
TEL : 07-5530362 l SAMB :30362 l HP & WA : 0177974644