CADANGAN
Saya cadangkan UTM membuat projek Lelongan Amal Gambar-gambar UTM. Gambar-gambar ini akan disediakan oleh Kelab Foto Staf UTM. Frame Gambar Pemandangan UTM ini akan dijual secara lelongan di Majlis Perhimpunan NC pada setiap bulan.
KEWANGAN
Frame gambar akan disupply oleh kelab foto dengan harga modal.
PEMILIHAN GAMBAR
Presiden kelab foto staf akan membuat pemilihan gambar yang layak untuk di gunakan sebagai gambar bertuah. Bayaran jurufoto tidak dikenakan sebab ini adalah sebagai CSR staf kepada UTM.
GERAK KERJA
Gambar saiz 16 ” x 24″ akan dijual secara lelongan semasa Perjumpaan Bulanan NC jangkaan bukan April 2016. Bukaan jualan dari RM500.00 hingga yang tertinggi. Dalam satu-satu majlis lelongan kita jual dalam 4 hingga 5 frame sahaja. Promosi perlu dibuat sebulan awal kepada semua staf yang berminat untuk menyumbang.
SUMBANGAN
Wang jualan akan disumbangkan ke tabung “Because We Care Chancellor’s Fund”.
PEMBELI
Pembeli boleh membawa pulang frame gambar atau boleh juga disumbangkan ke Perpustakaan UTM. Perpustakaan akan menempatkan gambar-gambar ini di ruang utama dan nama penyumbang akan tercatat pada gambar sebagai penghargaan.
Melalui kaedah ini UTM bakal mendapat melahirkan kumpulan staf yang berminda keusahawanan, pemurah dan mampu menyumbang kepada penjanaan kewangan Universiti.
Menarik!