Assalamualaikum,
Terima kasih pada pihak pengurusan kerana menempatkan wanita dibelakang kaum Adam dalam Program Senamrobik Perdana.
Saya ingin mengesyorkan supaya dibekalkan T-Shirt yang seragam untuk program ini. Jika perlu dibayar pun saya rasa tidak menjadi masalah tapi kalau ada yang hendak sponser pun lagi bagus. T-Shirt untuk wanita hendaklah labuh di bawah punggung dan longgar. Ini adalah kerana pada masa ini ada yang memakai pakaian yang ketat yang mana menampakkan bentuk badan.
Disamping menjaga kesihatan , aurat wajib kita jaga supaya mendapat keridhaan Allah.