Keterbukaan dalam pemikiran sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Kita selalu mendengar dan melihat mengenai idea-idea yang sangat bernas yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat. Aplikasi sosial seperti facebook, whatapp, dan sebagainya sudah mendapat tempat di hati ramai orang. Kita hanya ‘like’ atau ‘share’ jika kita mendapati sesuatu perkara itu menarik. Tetapi bagi idea yang bernas tiada apa yang didapati oleh penyumbang idea yang bernas tersebut selain pujian. Jika kita mewujudkan suatu portal bagi ‘bank ideas’, dan kita menyumbang RM1 jika kita mendapati idea tersebut sangat bernas, sudah tentu akan memberi motivasi yang sangat besar kepada penyumbang idea tersebut. Seterusnya orang lain juga turut bermotivasi untuk menyumbangkan idea yang lebih bernas. Galakan sedemikian akan mewujudkan suatu budaya menyumbang idea dan budaya penghargaan kepada seseorang. Mengapa saya memaksudkan sumbangan RM1, adalah kerana nilai tersebut adalah nilai mampu milik yang mampu disumbangkan oleh orang ramai bagi kebanyakan orang. Parking kenderaan dengan bayaran RM1 satu kenderaan sebagai contoh. Bayangkan sehari paling kurang 50 kenderaan, dan tempoh beroperasi selama 30 hari, jadi sebulan boleh mencecah RM1500. Jadi ia merupakan suatu insentif bagi penyumbang idea tersebut.