Kadar Permit RM80 (utk 6 bulan) – RM 160 (utk 1tahun)
Adalah kadar yang terlalu ‘besar’ sehingga diberitakan tiada yang ‘sudi’ membayarnya. Bagi kami jumlah itu amat membebankan terutama bagi seorang pelajar . Kalau berpermit pun bagaimana pula dari segi pemantauannya? Kebiasaan dilihat aktiviti waktu petang & hujung minggu ini adalah spt staf & pelajar beriadah…keselamatan tetap diutamakan..cuma kehadiran orang luar yang harus dipantau & tindakan tegas..jika memancing tanpa permit.
Idea saya: Dari tiada yang sudi membayar permit itu utk staf & pelajar elok ia diturunkan kepada RM20 -RM50 utk 1 tahun (tidak perlu permit utk harian atau bulanan). Di beri spt Kad metrik dan kuasa pemantauan bersama dari percerobohan & kebersihan. Utk orang luar RM80 – RM100 kerana percerobohan didapati amat tidak terkawal.