Saya mencadangkan agar dibina Terminal Bas Utara-Selatan di tanah UTM dan lokasinya di Pos Senai dimana lokasi tersebut sangat strategik dimana kawasan tersebut sangat hampir dengan lebuhraya dan luas serta mudah diakses oleh kenderaan besar. Pembinaan Terminal Bas ini dilihat amat perlu kerana dikawasan Skudai ini terutamanya disekitar Taman Universiti dan taman-taman yang berhampiran tidak mempunyai terminal bas utama.