Saya ingin mencadangkan agar semua petugas di seluruh kafeteria di UTM diwajibkan mengenakan uniform yang seragam (seperti mana yang dapat dilihat di R&R PLUS). Selain menampilkan imej korporat di kalangan pelanggan, inisiatif ini juga dapat menarik penggerai untuk lebih berpenampilan kemas, bersih dan ceria. Ini secara langsung memberi imej positif kepada UTM oleh masyarakat luar.

Mungkin pihak PHB boleh menyediakan uniform bersesuaian, dan penggerai yang berjaya mendapatkan tender di kafeteria di UTM wajib membeli uniform tersebut. Hasil jualan uniform tersebut juga boleh di kira sebagai hasil kepada universiti.