Saya ingin mencadangkan agar UTM dapat menubuhkan pusat penjagaan anak-anak staf dalam kawasan UTM. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi dengan tertubuhnya pusat ini. Antaranya adalah:
1. Mengurangkan sebarang kejadian jenayah culik dan dera yang sering ditakuti oleh ibu bapa.
2. Memudahkan pergerakan staf kerana jarak antara pusat penjagaan dengan pejabat yang dekat.
3. Membolehkan staf bertindak dengan cepat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
4. Kelancaran tugasan harian staf di tempat kerja dapat meningkatkan produktiviti UTM.
6. Menambah prospek penjanaan kewangan UTM dan lebihan wang yang diperolehi boleh digunakan untuk pembangunan UTM sendiri.
Pusat ini dikhaskan untuk staf-staf UTM tetapi mungkin boleh diperluaskan kepada para mahasiswa yang mempunyai anak terutamanya mahasiswa pasca siswazah.