Mahasiswa sukar untuk membeli makanan antara waktu kelas kerana tiada kios atau cafe yang berdekatan dengan fakulti terutama di kawasan bangunan fakulti baru di FM, FBME T02 dan PRZS. Memandangkan kawasan tersebut agak ‘remote’ dan mahasiswa hanya ada dalam waktu berkala, sukar untuk mendapatkan peniaga di kawasan ini.
Saya mencadangkan agar pihak Universiti dapat mewujudkan ‘MOBILE FOOD TRUCK’ di mana food truck ini hanya akan berada di kawasan menjual pada waktu tertentu seperti waktu pagi atau tengahari bagiĀ keperluan sarapan dan makan tengah hari.
Dengan adanya food truck ini, tiada keperluan bagi premis kekal, tiada kos penyelenggaraan yang tinggi serta mudah diurus. Pada masa yang sama, ia memudahkan mahasiswa untuk makan dan tidak perlu bergerak jauh antara kelas.