Saya mencadangkan agar diadakan sistem aduan pelanggan berpusat. Setiap aduan yang dikemukakan akan disalurkan kepada PTJ yang berkaitan dan pihak pengurusan PTJ tersebut boleh memantau proses penyelesaian kepada aduan yang telah dikemukakan. Setiap aduan haruslah diselesaikan mengikut jangkamasa yang tertentu.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point
Y.Bhg. Dr.,
Terima kasih atas cadangan tersebut. Sebagai makluman, sistem aduan pelanggan telah dipusatkan di bawah Portal Aduan melalui capaian berikut: http://aduan.utm.my/
Portal tersebut merangkumi 3 kategori aduan iaitu:
1. Electronic Customer Support (eCS) – Aduan Kerosakan PHB (tindakan oleh Pejabat Harta Bina)- eCS bertujuan untuk membantu memudahkan pihak pengguna untuk melaporkan sebarang kerosakan berkaitan kemudahan dan infrastruktur bangunan (MEKANIKAL, ELEKTRIKAL, AWAM dan LANSKAP) yang disediakan oleh pihak Harta Bina untuk diambil tindakan.
2. Sistem ADU@IT (tindakan oleh CICT) – ADU@IT merupakan sistem bagi aduan permasalahan atau kerosakan berkaitan perkakasan komputer, capaian internet, perisian komputer dan sistem maklumat universiti, membuat permohonan instalasi perisian komputer dan menyemak semula aduan yang telah dilaporkan.
3. Sistem Saluran Aduan & Cadangan Dalaman (SSACD) (tindakan Pengurusan Kualiti, Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar)- SSACD menerima aduan mengenai ketidakpuasan terhadap tindakan pentadbiran di UTM yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salahlaku, penyelewangan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
Selain Portal Aduan tersebut, ‘Customer Relationship Management (CRM) System’ juga boleh digunakan sebagai medium penyaluran aduan tetapi dikhususkan kepada orang awam dan di bawah seliaan Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Disertakan capaian bagi (CRM) tersebut untuk makluman Y.Bhg. Dr:
http://ask.utm.my/index.php?action=Login&module=Users.