Saya ingin mencadangkan kaedah yang lebih telus terhadap penilaian prestasi staf UTM yang berkhidmat secara langsung dengan pelanggan. Secara khususnya, cadangan ini adalah untuk penilaian khidmat bagi para pemandu UTM. Penilaian e-LNPT hanya berkisar di kalangan pemandu dengan pegawai atasan atau penyeliaan mereka sahaja. Saya mengesyorkan agar penerima khidmat juga diberi peluang untuk menilai mutu kerja mereka.
Aplikasi VRMS boleh digunapakai bagi tujuan ini dimana ia boleh ditambah dengan pesanan SMS kepada pelanggan tentang mutu khidmat yang telah diterima melalui penilaian skala (1-tidak memuaskan kerana tidak hadir, sehingga 5-sangat memuaskan kerana pemanduan yang cekap, sopan dan sebagainya). Jika dibandingkan dengan kaedah penilaian yang digunapakai sekarang, ia menumpukan penilaian oleh penyelia mereka sendiri yang kadang-kala tidak terlibat secara langsung dengan perkhidmatan pemanduan yang dilaksanakan.
Tidak terhad kepada pemandu sahaja, cadangan ini boleh diaplikasikan kepada semua staf yang terlibat secara langsung dengan urusan kaunter.