Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya mencadangkan kepada pihak universiti agar menyediakan tabung dana pembangunan Sekolah Agama UTM sepanjang bulan Ramadhan bagi membolehkan staf UTM menyalurkan derma mereka. Ia sangat bererti kerana Ramadhan adalah bulan mengumpul dan menambah amal dan pastinya akan melonjakkan rasa untuk beramal dalam kalangan warga UTM. Apatah lagi kebanyakan pelajar terdiri daripada anak staf sendiri. Jumlah dana tersebut akan diumumkan pada perhimpunan bulanan berikutnya.