Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting kepada semua staf/mahasiswa/pengunjung di UTM. Namun begitu,ketiadaan pemegang tangan di tangga-tangga terutamanya di lot parkir berhampiran Pejabat Pos untuk menuju ke pejabat pentadbiran menyebabkan telah berlaku kemalangan kecil seperti terjatuh/hampir terjatuh kerana tangga yang curam. Hal ini agak membahayakan terutama sekali kepada wanita mengandung. Pengalaman ini sebenarnya telah saya dan beberapa staf yang lain alami (terjatuh/hampir terjatuh). Dengan ini, saya mencadangkan supaya pemegang tangan di tangga ini dibuat untuk keselamatan dan kemudahan bersama. Semoga dengan keprihatinan pihak Universiti menambahkan lagi kepercayaan dan keyakinan semua. MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.