Setiap fakulti dan PTJ perlu memiliki mercu tanda nama yang unik dan sesuai untuk pelawat dan mahasiswa bergambar bersama sebagai tanda kenangan. Saya mencadangkan agar diadakan pertandingan untuk mereka bentuk mercu tanda nama ini. Mercu tanda nama yang ada setakat ini amat terhad bilangannya dan ada yang tidak sesuai untuk bergambar kerana kekangan saiz. Setiap kali Majlis Konvokesyen diadakan, mahasiswa akan kerap bergambar di tanda nama UTM yang agak terhad, iaitu di pintu masuk UTM dan bangunan pentadbiran. Dengan adanya mercu tanda nama fakulti/PTJ ini, secara tidak langsung akan mempromosikan fakulti/PTJ/UTM ke arah global.