Saya ingin mencadangkan agar Borang Permohonan untuk Menghadiri Latihan/Kursus luar UTM di buat secara atas talian. Ia boleh diintegrasikan dengan SMUHR & SMIS. Antara kelebihannya adalah:
i. Meminimumkan penggunaan kertas
ii. Kemudahan untuk mencari rekod staf yang berkursus bagi keperluan staf PSM
iii. Lebih efisien
Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Mengikut perancangan HCD dalam fasa pembangunan UTM SMiLe, kesemua borang permohonan berkaitan pembangunan Modal Insan UTM (termasuk borang permohonan menghadiri latihan/kursus luar UTM) akan dibuat secara atas talian sebagai sub modul UTM SMiLe. Pembangunan integrasi di dalam sub modul berkenaan akan dibuat pada awal 2016.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.