Dalam usaha menyediakan kampus hijau dan penggunaan karbon yang minimum, berbasikal merupakan salah satu alternatifnya. Bagi tujuan tersebut, dicadangkan supaya disediakan lebih banyak platform untuk tujuan peminjaman basikal. Mahasiswa boleh meminjam dan memulangkan basikal dari mana-mana platform dengan menggunakan kad matrik. NUBIJA di Korea boleh dijadikan model contoh dalam usaha pelaksanaannya.