Saya mencadangkan beberapa insentif diberikan kepada mahasiswa yang aktif dalam aktiviti sukarelawan. Antaranya adalah:
1. Memberikan beberapa potongan kredit daripada jam kredit akademik supaya seimbang dari segi akademik dan aktiviti sosial.
2. Memperluas dan memperbanyakkan dana aktiviti kesukarelawanan.
Sekiranya kerja sukarelawan diberi imbuhan ganjaran atau insentif samada dari segi kewangan atau melalui potongan kredit, matlamat asal agak tidak selari dengan konsep kesukarelawan. Apa yang boleh kita sediakan untuk menggalakan semangat kesukarelawan adalah dengan menyediakan kemudahan (pengangkutan, penyediaan makanan berkelompok dan peralatan). Sepatutnya kita galakkan para sukarelawan membawa dan mencari sendiri apa jua peralatan sekiranya mereka benar-benar mahu menyumbang bakti dalam kerja-kerja sukarelawan. Pihak Kementerian memang ada menyediakan sedikit peruntukan berdasarkan kepada program sukarelawan.
Maklum balas sehingga Mei 2015.