Saya mencadangkan agar pihak Pejabat HEMA atau Pengurusan UTM sendiri mewujudkan Tabung Pembangunan Mahasiswa (TPM) untuk mendapatkan tajaan kewangan bagi menjana aktiviti pembangunan pelajar termasuk aktiviti USR. Janaan kewangan ini diharap dapat diperolehi dengan mengadakan kerjasama strategik bersama syarikat perbankan yang ada di Malaysia contohnya bank rakyat, Maybank dsb. Ini bermaksud bagi program-program yang dilaksanakan, mereka akan menjadi rakan strategik. Kebaikan kepada penaja pula ialah mendapat potongan cukai dan promosi bank di setiap aktiviti yang dijalankan.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point
Pungutan wang mesti mendapat kelulusan daripada Y.Bhg Naib Canselor. Mengikut Akta Universiti, mahasiswa mendapatkan penajaan berdasarkan projek atau program contohnya Karnival Kerjaya, Misi Everest, Simposium Pemimpin Muda dan sebagainya. Pungutan kewangan atau penajaan adalah berdasarkan program yang dijalankan. Pewujudan Tabung Mahasiswa perlu dikaji daripada aspek Akta Universiti sama ada selaras dengan Akta tersebut. Telah banyak tabung yang diwujudkan khususnya di HEMA seperti Tabung Aktiviti Pelajar, Tabung Keusahawanan dan Tabung Kolej yang bertujuan untuk mengumpul dana.
Maklumbalas sehingga Mei 2015.