Saya ingin berkongsi maklumat mengenai pameran ”Kenali Ubat Anda” dan ingin mencadangkan agar pameran ini dibuat di Pusat Kesihatan UTM atau semasa Pameran Kesihatan /derma darah di UTM. Ini dapat menjadi medium berkesan untuk mendapatkan info menarik mengenai cara penggunaan/ penyimpanan ubat yang betul, atau mengenali ubat yang boleh dikategorikan ubat palsu ataupun original, mahupun ubat dan barang kosmetik yang berbahaya untuk kesihatan. Saya merasakan pameran ini amat berguna buat semua warga UTM yang sentiasa ingin tampil cergas dan sihat disamping dapat menjalankan tugasan semasa di pejabat.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point
Pameran Ubat-ubatan
Pada masa ini dan sebelum ini, kami tidak mempunyai kuasa untuk membuat pameran berkaitan ubat-ubatan kerana ia merupakan tanggungjawab ahli farmasi dan bukan doktor. Walaubagaimanapun, Pusat Kesihatan (PKU) dijangka akan dapat mengisi satu jawatan Pegawai Farmasi (U41). Pihak kami akan cuba untuk melaksanakan pameran seperti yang telah dicadangkan.
Ubat Original
Ramai yg keliru tentang ubat original dan generik.
Ubat original adalah ubat yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal dan telah menjalani kajian dan menjadi keluaran pertama untuk jualan. Mana-mana syarikat yang lainnya hanya boleh menjual atau memasarkan ubatan ini dalam tempoh selepas 10 tahun dan dikenali sebagai ubat ‘generik’. Kebiasaannya, ubat original akan dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan ubat generik dan mungkin terdapat perbezaan dari segi kualiti.