Saya ingin mencadangkan agar pihak universiti mengambil kesempatan untuk mewujudkan International Journal on Professional Student Development and Inovation (IJPSDI) yang dapat menerbitkan kertas kerja bertaraf antarabangsa khusus kepada pembangunan profesional mahasiswa.
Universiti khususnya menerusi Pejabat HEMA banyak melaksanakan program yang berimpak tinggi yang boleh dikongsikan bersama untuk manfaat semua. Ini turut akan menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan mahasiswa selain mencorak budaya inovasi di dalam setiap program yang dijalankan.