Saya mencadangkan agar UTM mewujudkan sebuah Briged Bencana UTM yang berperanan untuk membantu pihak Kerajaan dan masyarakat umumnya apabila berlaku sebarang bencana yang melanda negara. Sewaktu berlakunya bencana, khidmat kewangan, sumber makanan dan minuman serta keperluan asas yang lain sangat diperlukan termasuk juga khidmat tenaga fizikal. Oleh yang demikian, khidmat tenaga fizikal ini boleh disumbangkan oleh Briged ini dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Antara kaedah pelaksanaan adalah seprti berikut:
1. Melaksanakan pendaftaran secara sukarela di kalangan mahasiswa dan staf
2. Melaksanakan hubungan rapat dengan IM4U dan KBS
3. Mendapatkan latihan pengurusan bencana dari MERCY Malaysia, BOMBA dan sebagainya
4. Mewujudkan Tabung Pengurusan Bencana (TPB) UTM
UTM sudah dilengkapi dengan pasukan JPAM yang diketuai oleh TNC(P), pegawai UTM dan mahasiswa. Mereka ini boleh diaturgerak sebilang masa. Selain itu, UTM telah tersedia dengan Pasukan Beruniform (PALAPES, SUKSIS, Kelana Siswa, Pasukan Pertolongan Cemas, Sukarelawan Bomba) yang juga boleh digerakkan bersama sekiranya berlaku bencana khususnya di UTM mahupun di luar UTM seperti bencana banjir baru-baru ini.
Maklumbalas sehingga Mei 2015