Gimnasium di ‘sport hall’ tidak mempunyai alatan yang sempurna dan kebanyakan alatannya telah rosak selain daripada ruang gimnasium yang agak kecil. Saya mencadangkan agar gimnasium di ‘sport hall’ dipindahkan ke tempat lain yang mempunyai ruangan dan kapasiti lebih besar selain menambahbaik peralatan di dalamnya.
Selain daripada itu, jika tidak salah, gimnasium lain ada ditempatkan di stadium tetapi masih belum dibuka dan ini boleh membawa kepada pembaziran. Saya mencadangkan agar gimnasium di stadium itu dapat dibuka secepat mungkin untuk kegunaan mahasiswa dan staf universiti.
Yang terakhirnya, saya bersetuju sekiranya pihak universiti ingin mengenakan bayaran kepada pengguna gimnasium asalkan peralatan di dalamnya lengkap sepertimana gimnasium luar.
i. Peralatan gimnasium UTM yang disediakan adalah untuk kecergasan fizikal umum sahaja dan diakui sesetengah peralatan telah berusia lebih daripada 10 tahun. Kerosakan yang berlaku sentiasa diperbaiki semula dengan kadar segera kecuali bagi peralatan yang memerlukan peralatan ganti mekanikal dan elektronik yang memerlukan tempoh yang lebih lama.
ii. Cadangan untuk diwujudkan sebuah gimnasium yang mempunyai ruang yang lebih besar amat dialu-alukan kerana buat pada masa ini, belum ada peruntukan untuk membina sebuah gimnasium yang lebih sesuai.
iii. Gimnasium yang terdapat di Stadium akan dibuka secara rasmi pada 13 April 2015 dan pengguna akan dikenakan bayaran.
UTM Sports Excellence amat bersetuju sekiranya dikenakan bayaran bagi penggunaan gimnasium di Sports Hall kerana kos penyenggaraan adalah tinggi.
Maklumbalas sehingga Mei 2015