Arked Kolej KDSE sewajarnya dinaik taraf dan digunakan sepenuhnya bagi kemudahan para pelajar terutamanya pelajar pasca-siswazah. Tidak semua antara mereka memiliki kemudahan pengangkutan sendiri dan hanya bergantung kepada arked kolej untuk membeli makanan. Arked KDSE yang tidak beroperasi sejak sekian lama menyukarkan kemudahan pelajar kerana jauh untuk keluar dari kampus atau pun Arked Meranti.