Mesyuarat JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan biasanya diadakan selepas semua fakulti bermesyuarat untuk mengesahkan keputusan peperiksaan akhir semester bagi program-program pra dan pascasiswazah.

Saya mencadangkan agar Mesyuarat JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan (P&P) dibuat sebaik sahaja selesai mesyuarat peperiksaan di fakulti masing-masing. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Dekan atau wakil Senat dan turut dihadiri wakil Senat seramai dua hingga empat orang bagi mengawalselia perjalanan mesyuarat dan memutuskan apa juga bentuk keputusan mengenai keputusan peperiksaan dan pengijazahan yang biasanya dibuat di JKTS Pengajian Siswazah.

Saya cadangkan bilangan ahli Senat ditambah kepada 30 hingga 40 orang untuk tujuan melicinkan lagi proses pengesahan keputusan peperiksaan dan pengijazahan.

Kebaikan yang nyata daripada cadangan ini adalah pengurangan tempoh mesyuarat serta pengurangan jumlah jam staf (man-hour) yang terlibat dengan mesyuarat berkenaan.