Saya ingin mencadangkan supaya staf lelaki memakai pakaian casual pada hari Khamis (jeans/casual pants dengan short-sleeved shirt atau T-shirt) dan staf wanita pakaian casual yang sesuai bagi memudahkan mereka meneruskan aktiviti lepas pejabat sama ada pulang ke kampung, family outingĀ  dan lain-lain memandangkan waktu pejabat habis pada jam 3.30 petang. Masa itu boleh dimanfaatkan sewajarnya tanpa menukar pakaian kerja. Staf Air Asia, sebagai contoh, memakai jeans pada hari Ahad dan nampak lebih santai serta bermotivasi dan kerja mereka tetap bagus.