Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan tabung usahawan, terutamanya untuk pelajar bagi meningkatkan semangat keusahawanan (entrepreneurial spirit) di kalangan mereka sesuai dengan moto UTM, iaitu innovative, entrepreneurial dan global. UTM juga akan bertindak sebagai venture capital dengan melabur di dalam projek-projek yang berdaya maju. Dengan usaha ini, UTM secara tidak langsung membantu pelajar memiliki pekerjaan dan menjana pendapatan tambahan. Satu AJK khas boleh diwujudkan untuk menilai kertas cadangan dan jumlah pembiayaan yang diperlukan. Sekian. Terima kasih.