Saya ingin mencadangkan supaya susur jalan masuk ke Perumahan Desa Bakti UTM selepas keluar dari UTM ditutup. Semua staf yang akan ke Perumahan Desa Bakti akan melalui jalan dalam dan keluar dari pintu belakang berhampiran dengan perumahan tersebut. Pengguna lain yang hendak ke perumahan Desa Bakti harus mengikuti jalan luar ke Taman Universiti dan membuat pusingan semula di lampu isyarat di sana. Ini sebagai usaha dan langkah bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, InsyaAllah.