Tahniah kepada Unit Kualiti Universiti kerana telah berjaya menganjurkan Konvensyen KIK UTMĀ  kali ke-9 2013.

Saya ingin mencadangkan agar kumpulan Pengurusan dan Teknikal yang berjaya ini membuat persembahan tentang penyelesaian masalah mereka kepada semua warga UTM. Mungkin pada Perjumpaan Bulanan Bersama Y. Bhg. Naib Canselor atau dalam acara tertentu. Ini adalah baik bagi memberi galakan dan dorongan kepada staf PTJ lain untuk turut serta membantu bahagian masing-masing dalam penyelesaian masalah di tempat kerja melalui penglibatan dalam program KIK ini.