Pihak SPAD telah mengeluarkan arahan penutupan stesen hentian bas di Sri Putri, Skudai. Pelajar UTM dan penduduk sekitar Skudai menghadapi masalah untuk pergi ke Larkin sekiranya ingin menggunakan pengangkutan bas ekspres. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar UTM membina stesen bas di belakang stadium UTM untuk memudahkan pelajar UTM dan penduduk menggunakan kemudahan tersebut. Pada masa yang sama, ini dapat menjana kewangan untuk pihak UTM dengan duit penyewaan tapak kepada syarikat bas yang beroperasi.