Saya mencadangkan agar UTM sebagai entrepreneurial university membina terminal bas mini di tanah UTM dan menyewakannya kepada pengusaha bas ekspres memandangkan bas ekspres tidak akan dibenarkan lagi untuk mengambil penumpang di Sri Skudai mulai Januari 2014. Selain menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh pelajar dan staf UTM, Universiti dapat menjana keuntungan hasil daripada sewaan.