Saya ingin mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:

1. Penggunaan tasik akademik dibuka kepada semua masyarakat agar ianya dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk melakukan riadah di sekitar kawasan tasik dan ini menambahkan keceriaan di kawasan tersebut.
2. Sediakan bot cycling yang boleh disewa atau digunakan oleh semua pengunjung ke tasik.
3. Sekitar tasik tersebut juga diperindahkan dengan membina trek laluan bersimen agar pengunjung dapat berjalan dan berjogging di tepi tasik, di samping dapat memperkukuhkan kawasan tebing tasik.
4. Letakkan boya pelampung kecemasan di sekitar kawasan tasik tersebut agar ianya dapat digunakan di masa-masa kecemasan untuk menyelamat.
5. Bina pontoon untuk turun ke air bagi keselesaan pengguna.
6. Tubuhkan skuad penyelamat tasik.