Saya mencadangkan agar UTM (kedua-dua UTM KL dan UTM JB) cuba mempraktikkan kaedah ‘Park and Ride’. Saya ambil contoh di UTM JB, masalah parking di Bangunan Canseleri dan sekitar lingkungan ilmu adalah sangat serius di mana kemudahan tempat letak kereta adalah amat terhad. Kaedah ‘park and ride’ ini boleh mengatasi masalah tersebut. Kita mempunyai banyak kawasan lapang di UTM JB, contohnya, Padang Kawad dan Stadium UTM. Mengapa tidak digunakan tempat tersebut sebagai tempat letak kereta dan kemudahan bas disediakan dari tempat tersebut ke tempat yang ditujui (stadium-Bangunan Canseleri-fakulti dan padang kawad-Bangunan Canseleri-fakulti). Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di tempat tersebut. Mungkin untuk membina tempat letak kereta bertingkat memerlukan kos yang tinggi, mengapa tidak kita mulakan dengan cara yang mudah tetapi berkesan. Mohon supaya idea saya dipertimbangkan. Terima kasih.