Saya ingin mencadangkan supaya penganjuran UTM Games atau Sukan antara Jabatan dibuat sepanjang tahun. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan mengenalpasti 10 jenis sukan utama yang perlu diberi penekanan oleh Unit Sukan bagi melahirkan staf yang sentiasa cergas dan secara tidak langsung memilih bakal atlet UTM di kalangan staf.

Setiap bulan, satu acara atau permainan dipertandingkan di mana acara padang/balapan perlu dibuat lebih awal dan acara indoor boleh dibuat lebih lewat berikutan musim hujan apabila menghampiri hujung tahun.

Kaedah ini akan membantu Unit Sukan mengenalpasti lebih ramai staf yang berbakat dalam acara sukan bagi meningkatkan prestasi UTM dalam SUKUM – ramai staf UTM yang ‘multi-talented’. Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan atlet jabatan kelelahan apabila terpaksa bertanding lima hari berturut-turut baru-baru ini. Contohnya: Selasa – Jumaat (Bola Sepak), Sabtu (10 pin boling) dan Ahad (Olahraga).