Saya ingin mencadangkan agar UTM mengadakan kempen untuk semua staf dan pelajar mendermakan ‘lanyard’ berlogo UTM yang biasa diberikan semasa menghadiri bengkel atau seminar anjuran UTM. Kitar semula boleh dilaksanakan dengan kaedah berikut:
1. Kutip semula semua lanyard yang diberikan selepas program bengkel/seminar dari peserta (untuk program akan datang).
2. Adakan tempat kitar semula di PTJ agar staf dan pelajar yang masih menyimpan lanyard (berlogo UTM) dan tag casing boleh mendermakan koleksi masing-masing.
3. Galakkan penganjur seminar/bengkel akan datang agar hanya menggunakan lanyard kitar semula. Ini langkah penjimatan yang berkesan.
Terima kasih.
Dr. Nordin Yahaya