Sepanjang 15 tahun saya di UTM KL, kekurangan ruang parkir staf, pelawat dan pelajar sering menjadi isu/rungutan di kampus ini. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak pentadbiran UTM memperbanyakkan parkir di kampus UTM KL bagi memenuhi keperluan parkir pelbagai pihak.
1. Convert semua tempat rata yang hanya ditumbuhi rumput untuk tempat letak kereta dan motor.
2. Kaki lima yang boleh diletakkan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal.
3. Ruang yang bersesuaian boleh digunakan untuk memunggah barang bertroli dan lain-lain.
4. Ruang berhampiran setiap pejabat atau pusat kecemerlangan boleh ditukar kepada kawasan parkir bagi menyenangkan staf dan pelawat yang rata-ratanya datang menggunakan kereta atau motosikal.
Saya melihat UTM KL menanam pokok besar berjajaran dengan pagar UTM, adalah lebih elok jika seluruh kawasan hijau diratakan dan dibuatkan tempat parkir yang bersesuaian. Untuk mengekalkan kawasan hijau tersebut, tanam rumput kecil seperti di taman golf yang mana kurang penyelenggaraan. Sila rujuk gambar di http://ww1.prweb.com/prfiles/2013/04/25/10673431/Pic-15_web.jpg).
Terima kasih.