Saya mencadangkan supaya kafe diĀ Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui (FPREE) dinaiktaraf menjadi kafe tertutup yang dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan staf dan pelajar kedua-dua fakulti. Ini memandangkan cuaca panas pada waktu tengah hari – waktu puncak untuk pelajar makan tengah hari sebelum kelas sebelah petang.