Saya mencadangkan agar dibuat peta kampus UTM JB dalam bentuk poket (yang boleh dilipat) untuk diberikan kepada pelawat serta mahasiswa UTM (tempatan dan antarabangsa). Peta ini boleh diletakkan di UTMFaces, pos Bahagian Keselamatan UTM dan pusat maklumat mahasiswa. Ianya amat berguna kepada mereka yang pertama kali ke UTM, selain komuniti sedia ada kerana perluasan kampus UTM JB.

Di samping itu, aplikasi (apps) di telefon bimbit boleh dibangunkan oleh mahasiswa Fakulti Komputeran untuk peta lokasi kampus UTM JB. Seterusnya, boleh dibuat peta kampus UTM KL.