Saya ingin mencadangkan kempen mencantikkan ruang bilik pensyarah diadakan bagi menggalakkan pensyarah mencantikkan bilik masing-masing. Saya juga ingin mencadangkan pertandingan bilik tercantik sempena kempen tersebut bagi menghargai pensyarah yang sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk meningkatkan imej bilik mereka dan mengoptimumkan penggunaan perabot yang telah diberikan oleh pihak Universiti.