Untuk menjadikan UTM dekat di hati masyarakat setempat dan luar, UTM boleh membangunkan kawasan sekitarnya sebagai kawasan riadah keluarga yang popular di Johor Bahru pada setiap hujung minggu. Antara kawasan yang boleh dikomersialkan adalah tasik utamanya.

Untuk menjadikan ianya satu kenyataan, saya cadangkan supaya UTM mewujudkan “UTM Challenge Park” berkonsepkan taman ekstrem di tepi tasik UTM dengan menyediakan permainan-permainan lasak berbayar setiap hujung minggu. Taman ini adalah terbuka kepada warga UTM dan komuniti luar. Bayaran antara RM5 – RM20 sahaja. Masa operasi dari 9:00 pagi hingga 7:00 petang. Antara permainan adalah:

1. Segway ( menggunakan laluan basikal sedia ada )
2. Waterball ( melintasi tasik UTM )
3. Paint Ball ( dewasa & kanak-kanak )
4. Wall Climbing ( dewasa & kanak-kanak )
5. Archery ( dewasa & kanak-kanak )
6. Kids Area ( inflatable castle )
7. Hot Air Balloon Rides (sekali setahun)

Konsep Challenge Park ini boleh menggunakan 2 cara, iaitu sama ada UTM membeli semua peralatan dan staf UTM sendiri yang menjalankan kerja operasi. Walau bagaimanapun, kos permulaan mungkin agak besar. Ataupun, UTM menggunakan konsep sewaan ruang atau sewaan berdasarkan bilangan pelawat. Kita sewakan kepada pihak luar yang memiliki semua kemudahan tersebut. Di samping boleh mendatangkan keuntungan kepada Universiti, ianya juga mempromosi UTM secara tidak langsung kepada komuniti luar.